Sekejap jek dah nak raya lagi kan. Dah 3 kali sambut hari raya dalam projek Pospantas ni. Tapi tak go-live jugak sampai sekarang. Mentally memang dah drained abis dah ni. Anyway, raya tetap raya. Kena lah sambut dengan hati yang gembira. Hari raya kan hari kemenangan dalam Islam. Apa nak jadik lepas raya nanti Allah jek yang tahu.
Banyak uncertainties lepas cuti raya nanti. Tak tau lah sapa lagi yang bakal kena “pancung” lepas raya nanti. Silap-silap dengan aku sendiri pun tak de kepala lepas raya nanti. Teringat mimpi aku sebelum aku pi US dulu. Dalam mimpi tu, lepas aku balik nanti segala-galanya akan berubah. Dalam mimpi tu jugak, ramai kawan-kawan seperjuangan dalam projek ni akan hilang. Tengok dengan apa yang berlaku sekarang, rasanya apa yang berlaku lagi teruk dari apa yang aku bayangkan dalam mimpi tu. Mimpi aku tu dah jadik macam “out of scope” pulak. Tapi ada satu yang outcome yang menarik pasal mimpi tu. Dalam mimpi tu, aku nampak diri aku keluar dari kolej tentera. Kolej tentera, kalau ikut tafsiran aku ialah tempat orang mendisiplinkan diri. However, bila orang keluar dari kolej tentera tu, orang tu akan jadik lebih baik la. Lebih berdisiplan. So, apa yang aku paham dari scene pasal kolej tentera tu, rasanya nanti aku akan hadapi halangan yang hell pit punye level. But, I should survive la. Patutnya la. Well, hopefully aku kuat la untuk menghadapi dugaan ni. Memang berat pun problem nyer (inherence weakness). 10 years ago, aku hadapi problem yang sama (nothing to do with work), but failed to survive (my fate has been sealead). Last year, jadik lagi, and failed lagi. Tapi last year nasib baik aku busy dengan kerja, so kurang la impact dia kat aku. Tapi kali ni, memang mencabar. However, aku percaya, I’m determined to survive. Satu lagu yang selalu aku dengar untuk kuatkan diri aku. Boleh kata 99% lirik lagu tu memang tepat! Sebab tu, kadang-kadang meleleh gak la air mata bila dengar lagu ni. Especially part chorus dia…
Stand my ground, I won’t give in
No more denying, I gotta face it
Won’t close my eyes and hide the truth inside
If I don’t make it, someone else will
Stand my ground
Then, normally aku akan rasa release bila sampai part bawah ni…
All I know for sure is I’m trying
I will always stand my ground
Anyway, raya tahun ni aku balik raya kat Baling, Kedah. Insya-allah la. Plan nak balik hari Jumaat ni. Balik sekali dengan family aku dan makcik aku sekali. Baling tu rumah pakcik aku. Dah lama teringin nak beraya kat sana. At least meriah sikit dari beraya kat JB. Sekurang-kurangnya mak aku tak de la bosan sangat raya kat JB. Semenjak ayah aku takde, hari raya memang dah tak semeriah dulu. Maybe aku sendiri yang tak tau nak memeriahkannya. Sebagai pengganti ayah aku sebagai ketua keluarga, aku masih bersikap individual. Patutnya aku kena amik inisiatif sendiri. Kalau ayah aku ada dulu, ada jek benda dia nak buat time raya. Sampai hari raya ke-empat pun masih busy lagi. Tapi sekarang ni, lepas tengahari raya pertama dah tak de suasana raya dah. Masing-masing buat hal sendiri. So, aku excited gak la nak beraya tahun ni. Hopefully, tahun ni lebih meriah.
Kepada kawan-kawan yang mengenali, aku nak minta ampun dan maaf. Aku doakan hari raya kali ini menjadi hari raya yang paling bermakna buat korang semua. Segala silap dan salah korang (jika ada) aku awal2 lagi dah maafkan. Dan begitu lah sebaliknya juga. Aku harap korang maafkan jugak segala silap dan salah aku yek. Buat kawan-kawan Pospantas dan ex-Pospantas, I hope we can still find each other (although “we stick together” is getting weaker and weaker and weaker…. along the path to decay).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!
Raya tahun 2007

Masa ni besar gak la team technical projek pospantas ni. Ada Bryan, Shoon, Norli, Helniza dan Arman. Team-team lain pun ramai gak yang masih ada. Yang best, En Halim masih ada. Orang yang paling terror posing kalau amik gambar. Hehe. Tengok gambar ni balik rasa happy jek kan. Masa ni sume innocence jek.
Raya tahun 2008

Masa ni Shoon, Bryan, and Norli dah tak de dalam projek lagi. Tapi yang bestnyer, ada Nott! Hehe. Memang meriah betul la lepas Nott masuk. She brought colors to our team. Selain tu, Noray, Bik, dan Nita pun ada gak. Aku rasa time ni lah paling peak in term of kemeriahan. Keje pun makin banyak time ni. Arman masih ada dalam projek ni. Tapi dia tak datang lak masa sesi pengambaran ni.
Raya tahun 2009
?????
Team technical pospantas tinggal 4 orang jek termasuk En Fendi (status pun tak pasti lagi.. hehe).
There is no tomorrow for the lost and blind
There’s no glee, nor sorrow
In the maelstrom of their minds
There’s an hour, there’s a time
Is this the end of the line?
Raya tahun 2010
???
Kalau ikut plan, tinggal Ina sorang jek time ni. Dia take over sume keje orang lain. Aku & Nott dah kena move ke projek lain. Hehehehe. Ni memang lawak paling CIPAN yang aku pernah dengar. Well, to be honest, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang bakal berlaku time ni. Setakat ni, tak pernah pulak aku mimpi sejauh ini.
Спасибо за объяснение, чем проще, тем лучше:…
запрос или cвяжитесь с нами Комплексное предложение Anyway, raya tetap raya. Kena lah sambut dengan hati yang gembira. Hari raya kan hari kemenangan dalam Isla…